Pengunjung Sini

Tuesday 26 July 2011

Bubur Jagung

Salam.
Kali ini kita lihat ppula resipi yang sesuai untuk dijadikan salah satu juadah berbuka puasa. Resipi ini dikongsikan oleh Mat

Resipi ini sedap tau, lemak-lemak  manis gitu. Tapi lagi sedap kalau guna jagung segar. Tapi disebabkan dah nak sangat cuba, jagung dalam tin pun boleh saja..

Resipi oleh : Mat Gebu
Bubur Jagung




BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin besar "corn kernel", ditoskan
1 tin besar "corn cream style"
1 liter santan
5 camca besar biji sagu, cuci dan toskan
1 ketul kecil gula melaka*
1/3 cawan gula pasir*(*dimasak hingga larut dan tapis)
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam periuk, masukkan air gula, corn kernel, corn cream style dan daun pandan. Masak hingga mendidih. Masukkan biji sagu dan kacau rata.
  2. Tuang santan dan masukkan secubit garam. Masak hingga mendidih dan biji sagu bertukar kejernihan, tambah air jika perlu. Rasa dan jika kurang manis boleh tambah sedikit gula. Jika ok, boleh diangkat dan hidangkan.


p/s : Selamat Mencuba. Sebarang pertanyaan boleh dibuat di shout box tepi atau emailkan kepada sofiza.ipgm@gmail.com. Terima kasih kerana mengunjung blog ini.

No comments:

Post a Comment