Pengunjung Sini

Tuesday 26 July 2011

Tauhu Ayam

Kepada Penggemar tauhu goreng di luar sana. Sini ada cara baru untuk kita sama-sama menghayati keenakkan tauhu. Makanan sihat dan rendah kolestrol.

Resipi oleh : Anita.


Bahan2:

4-5 keping tauhu
2 ketul isi ayam (amik ler bhgn ayam yg bnyk isi tu)
3 biji bwg besar
1 sudu kecil lada sulah (ikut tahap kepedasan ler)
1 btg daun sup
1/2 ketul pati ayam
1 biji telur
1 sudu kecil garam
Breadcrump utk meyalut

Cara2:

1. Tauhu dilecek dgn garfu sehingga hancur.
2. Isi ayam dikisar sehingga hancur atau guna jer minced chicken.
3. Mayang bwg besar tu, goreng dan jadikan bwg goreng.Ataupun masukkan bwg goreng siap .
4. Lepas tu gaulkan tauhu, isi ayam, daun sup,bwg goreng,lada sulah, pati ayam & telur sebiji tu.
5. Gaul rata dan bubuh garam secukupnyer. Buat bentuk bulat2 , kemudian leperkan mcm rupa nugget tuh.
6. Salutkan dgn breadcrump sebelum digoreng. Goreng sehingga kuning keemasan. Kalau xder breadcrump pun xper, goreng jer tauhu tu mcm biasa..cubalah!!! sedap taw!!

Ikan Bilis Goreng Tepung

Resipi oleh Mat



BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g ikan bilis segar
3/4 cawan tepung beras*
2 camca besar tepung jagung*
1/2 camca teh serbuk lada sulah*
1/3 camca teh "all purpose seasoning*
1/2 cawan air (atau secukupnya)
Minyak untuk menggoreng terendam



Cara Membuatnya :-)
  1. Ikan bilis dikerat kepala dan buang isi perutnya, cuci bersih dan toskan. Satukan bahan yang bertanda (*) dalam bekas, kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga menjadi bancuhan yang tidak terlalu cair atau pekat. Uji dengan mencelup seekor ikan bilis dan jika salutannya elok, kira dah ok lah.
  2. Panaskan minyak, kemudian celup ikan dalam tepung dan goreng seekor demi seekor, jangan goreng dalam kuantiti yang banyak. Goreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan dan garing. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap.
  3. Hidangkan panas bersama sos kegemaran....Selamat mencuba!!!

Butter Prawn

Resipi oleh Nita.



Bahan2:

12 ekor udang saiz besar
2 sudu butter
3 biji kuning telur
sedikit daun kari
sedikit cili padi
serbuk kunyit & garam
minyak utk menggoreng

Cara2:
1. Lumur serbuk kunyit & garam kat udang.
2. Goreng sehingga masak.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi.
3. Gaul seketika sebelom diangkat. Bila dah msak,ketepikan.
4. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu.
5. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.
Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.

7. Matikan api bila minyak tu panas2.
8. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dah buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan.


Selamat Mencuba

Ikan Pari Sambal Cili Hijau

Pedas..berasapp! komen utk lauk



Bahan-bahan :
 
5 ketul ikan pari
3 biji bwg merah
2 biji bwg putih
1 biji bwg besar (potong bulat)
5 biji cili hijau
7-8 biji cili padi
1 cm belacan
Segenggam ikan bilis
3 sudu besar santan pekat
1 keping asam keping
Garam & gula secukup rasa
Kunyit utk goreng ikan
Minyak secukupnyer

Cara2:
1. Bersihkan ikan pari.
2. Lumur garam & kunyit. Kemudian goreng sehingga agak garing.Ketepikan.
3. Blend bwg merah, putih, cili hijau, cili padi, belacan & ikan bilis.
4. Panaskan minyak dan tumis sehingga agak garing.
5. Masukkan asam keping.
6. Kemudian,asukkan santan,bwg potong bulat,& ikan tadi.
7. Kacau2 hingga mesra.

Udang Masak Sos

resipi oleh Mat. www.tiffinbiru.com


Bahan-Bahannya:-
600 g udang galah (kalau pancing dpt banyak, boleh boh lebih)
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 batang leek, dibersihkan dan kerat2
2 biji bawang besar, potong bulat
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, potong serong
1/2 camca besar sos tiram
1/2 cawan sos cili
1/4 cawan sos tomato
Garam dan sedikit gula (jika perlu)
1 biji tomato, belah 6
Hirisan daun bawang (hiasan)

Cara membuatnya:-
  1. Udang dikerat muncung dan buang kotoran di kepalanya, cuci bersih, toskan dan gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Goreng udang 2 minit, angkat dan toskan.
  2. Tinggalkan lebih kurang 3 camca besar minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan leek, guna api sederhana. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili, tuang 1/2 cawan air, gaul rata dan biar mendidih.
  3. Masukkan udang dan cili merah, gaul rata. Tambah garam secukup rasa dan jika suka, tambah sedikit gula. Masak hingga pekat dan masukkan tomato, gaul rata dan matikan api. Hias dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan panas bersama nasi hangat...

Bubur Jagung

Salam.
Kali ini kita lihat ppula resipi yang sesuai untuk dijadikan salah satu juadah berbuka puasa. Resipi ini dikongsikan oleh Mat

Resipi ini sedap tau, lemak-lemak  manis gitu. Tapi lagi sedap kalau guna jagung segar. Tapi disebabkan dah nak sangat cuba, jagung dalam tin pun boleh saja..

Resipi oleh : Mat Gebu
Bubur Jagung




BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin besar "corn kernel", ditoskan
1 tin besar "corn cream style"
1 liter santan
5 camca besar biji sagu, cuci dan toskan
1 ketul kecil gula melaka*
1/3 cawan gula pasir*(*dimasak hingga larut dan tapis)
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam periuk, masukkan air gula, corn kernel, corn cream style dan daun pandan. Masak hingga mendidih. Masukkan biji sagu dan kacau rata.
  2. Tuang santan dan masukkan secubit garam. Masak hingga mendidih dan biji sagu bertukar kejernihan, tambah air jika perlu. Rasa dan jika kurang manis boleh tambah sedikit gula. Jika ok, boleh diangkat dan hidangkan.


p/s : Selamat Mencuba. Sebarang pertanyaan boleh dibuat di shout box tepi atau emailkan kepada sofiza.ipgm@gmail.com. Terima kasih kerana mengunjung blog ini.

Maaf atas kesilapan teknikal

salam kepada semua pengunjung blog.

Pertama sekali, mohon maaf atas masalah teknikal yang menyebabkan tiada post baru dapat diupdate.
InsyaAllah, selepas ini akan ada banyak lagi resipi-resipi masakan terutamanya menjelang bulan Ramadhan dan Hari Raya.

Kuih-muih, masak memasak semuanya akan dimasukkan ke dalam blog sini. Jika ada bahan yang ingin dikongsikan bersama, silalah hubungi atau emailkan kepada saya.Dapat kita kongsikan bersama untuk memeriahkan dapur Ramadhan nanti. 

Sebarang permintaan atau request untuk resipi yang dicari juga boleh dibuat di shout box tepi tu.InsyaAllah, saya akan cuba memenuhi permintaan dengan resipi yang telah dicuba.

Jadi mari kita meriahkan laman ini dengan resipi2 yang menarik dan sedap untuk dinikmati. ;)