Pengunjung Sini

Saturday 30 April 2011

:: Mee ::

1.1       Mee Kung-fu

From: Hassan, Harlina hhassan@bechtel.com 



1 bungkus yee mee (mee kering yang senang didapat di Pasaraya)

Untuk kuahnya:
2 -3 potong Ayam (dipotong kecil) ikut suka anda
5/6 ekor Udang - saiz ikut suka
Sotong
Kobis - potong kecil
Sawi
Baby corn
Carrot
2 ketul Kiub pati ayam maggi
1 pkt Serbuk bihun sup adabi -
2 biji Telor putih
2-3 sudu teh Sos tiram

Hiasan :
Cili padi/ cili merah
Daun sup @ daun bawang
Bawang goreng

1.     Mula-mula didih kan air untuk membuat kuahnya. Masukkan ayam, dan udang. Biarkan seketika.
2.     Kemudian masakkan sotong (sotong last b'coz dia cepat masak),  Masukkan 2 kiub pati ayam maggi dan serbuk bihun sup adabi.  Kacau.
3.     Masukkan 3-4 sudu sos tiram. Kacau.
4.     Apabila dah sebati, masukkan sayur-sayuran spt. carrot, babycorn, kobis, dan last sekali sawi.
5.     Jangan jerang terlalu lama, sayur-sayur ini cepat masak.
6.     Agak-agak 5-7mins. masukkan 2 biji telor putih.  Caranya: 
·         Asingkan telor putih dan kuning. Tak perlu kacau.  Masukkan teros didalam kuah yang tengah mendidih tadi.  Biarkan 2 mins. Dan kacau perlahan-perlahan. 
·         Apabila telor masak, kuah anda akan nampak cantik dengan pecahan-pecahan telor yang telah dikacau perlahan tadi.
7.     Laslty, masuk kan tepung jagung.  Caranya :
·         Ambil 2 sudu tepung jagung, campurkan dengan ½ cawan air.  Kacau sebati.
·         Apabila anda ingin mencurahkan kedalam periuk kuah yang didih tadi, pastikan anda menggunakan tapis supaya kuah tidak berketul-ketul. Jika kuah tidak pekat, tambah lagi dengan cara yang sama sehingga kuah agak pekat.  Lebih pekat lebih sedap.
8.     Kemudian tutup api dan hidangkan.

Cara hidang:
1. Masukkan seketul yee mee dalam pinggan kuah  atau mangkuk cina.  Taburkan cili padi atau cili merah, daun sup dan bawang goreng atasnya.
2. Kemudian curahkan kuah yang panas. Gaulkan dengan mee.
3. Siap untuk dimakan. Sedap dimakan waktu panas-panas.
4. Cubalah sendiri, belum cuba belum tahu......dah makan nak masak lagi.

Kemusykilan
From:   Siti [SMTP:bsiti@csam.com.my]

Boleh tanya sikit? Bagaimana pulak penyediaan yee mee tersebut?  Adakah perlu direndam atau macamana??

Jawapan
From: "Hassan, Harlina" hhassan@bechtel.com

1)     Untuk menghidang, masukkan seketul yee mee dalam mangkuk cina atau pinggan kuah.  Jangan hancurkan atau pecah-pecahkan nya.  Tak perlu direndam.  Ia perlu keras dan rangup. 
2)    Kemudian taburkan sedikit cili api/cili merah dan daun sup.
3)    Kemudian masukkan kuah yang panas didih tau. Tak cukup didih tak best.
4)    Lepas tu boleh lah dimakan. Pasti sedap.




1.1       Mee Hailam

From: noraini noraini@antara1.po.my


PETUA
1.     Memasak mee hailam atau masakan mee berkuah yang sedap hendaklah menggunakan air rebusan, jangan menggunakan air paip - tak kick..
2.     Mee yang hendak digunakan hendaklah dibasuh terlebih dahulu untuk membuang lebihan minyak dan soda yang digunakan.  Dengan cara ini juga mee akan tetap lembut.

Cara-cara menyediakan air rebusan
1kg rangka ayam 1 ½ liter air,
1 labu bawang putih
1 inci halia yang telah diketuk. 

1.     Masaklah hingga mendidih dan renehkan hingga airnya berubah menjadi keruh dan tinggal separuh sahaja. 
2.     Kemudian ditapis dan dicampurkan sedikit lada sulah dan sedikit tepung jagung.  Renehkan hingga pekat. 
3.     Sedia digunakan untuk memasak mee/mihun/ kuetiaw

Bahan-bahan MEE HAILAM
Mee kuning
Bawang putih diketuk
sedikit lada kisar, jika suka pedas
minyak untuk menumis
garam dan serbuk perasa
air rebusan ayam + kicap pekat dan sos tiram
sedikit udang/sotong/fishball/ayam
Sayur sawi/kailan/babycorn/karot/bunga kobis
cili merah, dipotong-potong
sedikit daun sadri dan potongan limau nipis.

Cara Menyediakannya
1.     Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan lada kisar.  Campurkan udang/sotong/fishball dan isi ayam. 
2.     Kemudian masukkan air rebusan, kicap pekat, sos tiram, garam dan serbuk perasa.
3.     Bila telah mendidih, masukkan sayur-sayuran dan akhir sekali mee.  Kacau-kacaukan sebentar kemudian bolehlah diangkat.
Ketika menghidang, taburkan sedikit potongan cili merah, daun sadri dan juga potongan limau nipis.  Boleh juga dihidangkan bersama cili hijau jeruk.



:: kue Tiaw ::


1.1       Char Koew Teow

From: Muhdhatta.Suleiman@ap.sony.com


Untuk masak seorang
1 Senduk kecil Minyak Masak
½ Biji Bawang putih (potong halus2)
1 Biji Telur
4 Ekor Udang (kalu nak lebih lantak koranglah...)
1 Sudu cili (boh @ giling)
1 Gengam Koew Teow (kalau boleh beli yang paling halus)
1 Gengam taugeh
1 Senduk Kicap Char Keow Teow
Sedikit kucai

Cara-Cara Memasak
1)     Panaskan minyak.
2)    Masukkan udang + bawang + koew teow + cili pas tu kacau selama 10 second.
3)    Masukkan taugeh + kucai, kacau sikit dan terus tutup api.
4)    Pecahkan telur dan masukkan kicap, kacau dan terus angkat (kena cepat kalau tak tak de kuah nanti... telur bagi 1/3 masak aje baru ada kuah)
Jangkamasa masak: 40 second (tengok besar mana korang pasang api). 
Hidangkan dengan segera... bila dah sejuk keow teow nie nanti nampak beku (telur beku)





1.1       Kue Tiaw Kuah Tauchew

From: noraini noraini@antara1.po.my

bahan-bahan
Kuetiaw - dibasuh dgn air sejuk dan toskan
Bawang putih, diketuk
Minyak untuk menumis
Sedikit taucu, dibasuh dan toskan
Air rebusan ayam secukupnya + sedikit tepung jagung
Garam, serbuk perasa dan sedikit gula
Udang besar, dibuang kulit dan dibelah belakang
Sayur kailan, dipotong nipis2 batangnya dan daunya sehelai-sehelai
Cili merah, dipotong serong memanjang

Hiasan
Bawang goreng, daun bawang dan limau nipis

Cara Menyediakannya
1.     Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan taucu. 
2.     Kemudian masukkan udang dan batang kailan.  Masukkan juga garam, gula dan serbuk perasa. 
3.     Bila kailan telah lembut, masukkan air rebusan dan juga daun kailan. 
4.     Bila kuah mendidih dan pekat, masukkan kuetiaw dan cili merah.  Balik-balikkan sebentar dan angkat.
5.     Taburkan bahan hiasan dan sedia untuk dihidangkan.

:: Lontong ::


1.1       Lontong

From: noraini noraini@antara1.po.my
  


Bahan-bahannya
Nasi impit secukupnya
** nasi impit untuk lontong sebenarnya direbus dalam daun pisang.
Sayur lodeh
Sambal kacang
Serunding kelapa

Cara Menyediakannya
1.     Potong nasi impit kecil-kecil dan masukkan dalam mangkuk. 
2.     Campurkan sedikit sambal kacang, serunding kelapa dan sayur lodeh. 
3.     Hidangkan lontong bersama sambal tumis ikan bilis atau sambal telur rebus, ayam masak merah dsb. 
4.     Hidangkan panas-panas.

Sayur lodeh
300gm udang hidup, buang kulitnya
2 bijilada merah,
1 biji bawang besar, dimayang
2 ulas bawang putih,
5 ulas bawang merah,
1 inci kunyit hidup dan
segenggam udang kering ditumbuk
2 batang serai, dititik
minyak untuk menumis dan garam secukup rasa
sedikit fucuk dan suhun, direndam

sayur-sayurannya - dipotong kecil mengikut suka
1 batang karot
1 ikat kacang panjang
½ biji kobis
1 biji sengkuang
3 keping tempe, digoreng
3 keping tauhu digoreng
2 biji kentang, digoreng

Cara Membuatnya
1.     Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk dan serai hingga wangi. 
2.     Masukkan udang dan kacau hingga udang masak. 
3.     Kemudian masukkan santan, garam dan serbuk perasa diikuti sayur-sayuran, suhun dan fucuk serta lada hidup dan bawang besar.  Kacau selalu supaya tidak pecah minyak.

Sambal kacang
RM 1.00 kacang tanah, digoreng dan ditumbuk jangan terlalu lumat
sedikit minyak untuk menumis
sedikit rempah tumis (buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang)
sedikit ketumbar dan jintan, disangai dan ditumbuk halus
garam dan sedikit gula merah
santan pekat ½ biji kelapa

Bahan ditumbuk halus
10 biji lada kering atau ikut pedas yang diingini
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
sedikit belacan
2 batang serai
sedikit lengkuas dan halia
2 biji buah keras

Cara Memasaknya
1.     Panaskan minyak dan tumiskan rempah tumis.  Bila wangi, masukkan bahan yang ditumbuk dan kacau hingga garing.  Bila telah garing, masukkan garam dan gula serta ketumbar jintan tadi.
2.     Kemudian masukkan santan dan akhir sekali masukkan kacang tanah goreng tadi.  Kacau hingga pekat dan pecah minyak.
3.     Sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan.

Bahan untuk Serunding kelapa
½ biji kelapa parut
garam, gula dan serbuk perasa
sedikit air asam jawa
minyak untuk menumis

Bahan tumbuk
1 batang serai
5 - 6 biji lada kering - lebihkan jika suka pedas
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
sedikit kunyit, lengkuas dan halia
sedikit ketumbar, jintan putih dan jintan manis
segenggam udang kering atau ikan bilis
sedikit belacan

Cara menyediakannya
1.     Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk hingga garing dan wangi.
2.     Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. 
3.     Akhir sekali masukkan kelapa.  kemudian terus dikacau atas api kecil sehingga agak kering. 
4.     Sesuaikan rasa dan angkat.

OPTION
From: "shikien" shikien@sapura.com.my

Nak tahu cara buat kuah lontong, insyaalah saya boleh bagi cara yang biasa saya buat.  Simple aje janji udang kering banyak dan campurkan juga udang basah dan sotong rendam.

Sayur yang dipakai jangan merapek taruk macam-macam.  Yang penting
·         tempe di goreng setakat elakkan dia hancur dalam kuah (3/4 masak),
·         perut tahu dan su'un direndam,
·         carrot potong dalam 1 1/2",
·         kobis, kacang panjang,
·         lada merah belah dua (up to you banyak mana),
·         tahu digoreng dan potong empat,
·         dan last campur cendawan yang kerinting warna hitam, some people call it cendawan telinga kera (rendam dulu).

Cara
1.     Bawang merah tengok banyak mana you masak, blend sekali dengan udang kering.
2.     Masukkan dalam periuk yang ada bahan-bahan diatas.  Tak payah tumis.
3.     Masukkan santan cair dan last santan pekat. Jaga santan jangan pecah lemak.
4.     Jangan lupa masukkan serai yang dititik dan serbuk kunyit so cantiklah rupanya nanti. Insayallah jadilah kuah lodeh tu nanti.  Kalau tak jadi inform I ya. Selamat mencuba.

:: Mai masak Laksa ::


1.1       Laksa Asam Pulau Pinang

From: noraini noraini@antara1.po.my 



1 bungkus laksa - direbus hingga lembut, kemudian dibasuh dengan air sejuk dan toskan

Hiasannya
Timun, salad, bawang besar, daun ceylom dan pucuk gajus dihiris halus
Cili padi atau cili merah, dihiris halus
Sedikit daun pudina, petik daunnya sehelai-sehelai
Limau nipis, telur rebus dan sedikit petis yang dicampur sedikit air panas

Kuahnya:-
1 kg ikan kembung atau tamban- lebih sedap jika guna ikan parang, direbus dengan 1liter air  bersama dengan 5 keping asam keping dan garam, asingkan tulang dan isinya kemudian dikisar.  Air tulangnya hendaklah ditapiskan.

1 ikat daun kesum, ambil daunnya sahaja
1 kuntum bunga kantan, belah dua
Sedikit air asam jawa
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Bahan-bahan perencah (dikisar lumat)
10 biji bawang merah
5 biji bawang putih
10 - 15 biji cili kering
1 batang serai
sedikit kunyit dan halia
1 keping belacan - dibakar

Cara Memasak
1.     Didihkan air rebusan dan air tulang ikan tadi bersama bahan perencah, air asam jawa/asam keping, bunga kantan, daun kesum, garam dan serbuk perasa.
2.     Bila rempahannya telah masak, masukkan isi ikan dan renehkan atas api kecil selama 1 jam. 
3.     Kemudian bolehlah dihidangkan bersama-sama laksa dan ulamannya.




:: ReSepi Jauadah Hari RAya ::


RESTORAN SIBER
SATU-SATUNYA RESTORAN DI ALAM SIBER INTERNET
PELBAGAI RESIPI-MAUT MENANTI ANDA DI SINI




RESEPI-NET
RIANG-RIA AIDILFITRI 2007
PELBAGAI JUADAH HARI RAYA

Langganan adalah percuma






COMPILED BY:  Zakaria
Email Address:      za189@yahoo.com





1.     ACAR

1.1       Acar Buah-Buahan

From: noraini noraini@antara1.po.my

Bahan-bahanya
4 biji limau nipis/kasturi jeruk
10 biji belimbing buluh jeruk
20 biji cermai jeruk
5 biji mangga muda jeruk
1 cawan kismis
5 biji buah pala jeruk
1 mangkuk kecil halia jeruk
10 biji prune
250gm buah asam boi - warna merah
5 biji buah bidara jeruk
20 biji bawang merah, biar sebiji-sebiji
5 biji bawang putih, biar sebiji-sebiji
sedikit bijan goreng
1/2 botol kecil cuka putih
2 1/2 cawan gula
1 1/2 cawan cili kering yang telah siap dikisar
2 sudu serbuk ketumbar
1 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk jintan putih
sedikit bijan goreng

5 biji bawang merah dihiris
3 biji bawang putih, dihiris
1 cawan minyak untuk menumis

Cara Menyediakannya
1.     Panaskan minyak, tumiskan bawang hiris hingga wangi.  kemudian masukkan cili kisar.  Bila cili garing, masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih. 
2.     Bila telah wangi, masukkan gula dan cuka.  bila gula telah larut dan pekat, masukkan buah-buahan serta bawang.  Masaklah hingga pekat dan agak kering. 
3.     Akhir sekali, masukkan bijan goreng.  Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

ps  :  Acar tahan disimpan selama dua minggu.

Selamat mencuba.

 

 

1.1       Acar Ikan Tongkol

From: "noor" noor@csam.com.my


Bahan-bahannye :
Ikan tongkol - basuh dan kemudian di goreng macam biasa
1 biji Timun - di kerat-kerat anggaran 3 atau 4 ketul.  Kemudian belah dua, buangkan isi nye belah kecik kecik (ikut panjang timun tuh) dalam 1 jari.  Kemudian di basuh dan di gaul dengan sedikit kunyit buat seketika.

Bahan A
1 atau 2 inci Halia - dimayang
3 atau 4 biji Bawang kecil - juga di mayang
3 biji Bawang putih - di mayang
10 - 15 biji Cili Api (boleh tambah kan kalau suka pedas)
2 atau 3 biji Bawang besar (belah empat)
2 sm Cili kering  + bawang besar yang diblendkan
Cuka
Sedikit air / garam

Cara-cara nye :
1.     Tumis kan bahan yang telah dimayang.  Bila agak kekunigan masukkan pula kisaran bawang dan cili kering. 
2.     Tumiskan lagi sampai pecah minyak, masukkan pula cuka, air dan garam mengikut rasa dan sedikit air.
3.     Lepas tu masukkan ikan tongkol dan kacau lagi.  Di sini rasalah masam/masin nye kuah kite tuh.
4.     Bila dah memuaskan, akhir sekali masuk kan timun sekali dengan cili api and bawang besar yang telah dibelah 4 tadi.
5.     Jangan masak terlalu lama kerana nanti timun dan bawang tadi akan lembik. Cukup sekadar seketika saje. Dan boleh di hidang kan .

Makan dengan nasi panas dan telur asin.
Selamat mencuba.




1.1       Acar Jeruk Buah-buahan

From: rozitahe rozitahe@tm.net.my


Bahan:
4 biji jeruk limau kasturi
5 biji mangga jeruk kering
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
20 biji buah prune kering
4 biji cili merah  } dibuang biji dan
4 biji cili hijau    } dipotong memanjang
1 sudu kecil campuran jintan putih + jintan manis
1 camca ketumbar
1/2 camca lada hitam
2 sudu besar cuka
2 inci halia dimayam memanjang
1 sudu makan gula
garam dan serbuk perasa secukupnya

* buah2 asam yg lain boleh dimasukkan mengikut citarasa masing2.

Cara:
1.     Campurkan jintan, ketumbar dan lada hitam dan ditumbuk hingga halus.
2.     Panaskan minyak dlm kuali. masukkan bhn yg ditumbuk tadi.  Goreng hingga garing dan pecah minyak. masukkan cuka.
3.     Setelah itu masukkan jeruk kering yg telah disatukan.  Kemudian masukkan segelas air sejuk.
4.     Kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah yang berulas serta halia yg telah dimayam. Masukkan pula garam dan serbuk perasa dan gula. kacau dan biarkan kering.

* Acar ini boleh disimpan hingga 2-3 bulan...

Selamat mencuba