Pengunjung Sini

Saturday 30 April 2011

:: Mai masak Laksa ::


1.1       Laksa Asam Pulau Pinang

From: noraini noraini@antara1.po.my 



1 bungkus laksa - direbus hingga lembut, kemudian dibasuh dengan air sejuk dan toskan

Hiasannya
Timun, salad, bawang besar, daun ceylom dan pucuk gajus dihiris halus
Cili padi atau cili merah, dihiris halus
Sedikit daun pudina, petik daunnya sehelai-sehelai
Limau nipis, telur rebus dan sedikit petis yang dicampur sedikit air panas

Kuahnya:-
1 kg ikan kembung atau tamban- lebih sedap jika guna ikan parang, direbus dengan 1liter air  bersama dengan 5 keping asam keping dan garam, asingkan tulang dan isinya kemudian dikisar.  Air tulangnya hendaklah ditapiskan.

1 ikat daun kesum, ambil daunnya sahaja
1 kuntum bunga kantan, belah dua
Sedikit air asam jawa
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Bahan-bahan perencah (dikisar lumat)
10 biji bawang merah
5 biji bawang putih
10 - 15 biji cili kering
1 batang serai
sedikit kunyit dan halia
1 keping belacan - dibakar

Cara Memasak
1.     Didihkan air rebusan dan air tulang ikan tadi bersama bahan perencah, air asam jawa/asam keping, bunga kantan, daun kesum, garam dan serbuk perasa.
2.     Bila rempahannya telah masak, masukkan isi ikan dan renehkan atas api kecil selama 1 jam. 
3.     Kemudian bolehlah dihidangkan bersama-sama laksa dan ulamannya.







1.1       Laksa Penang

From: "Ismariza" ismariza@sanma.po.my



1 bungkus laksa (basah/kering) - dicelur dahulu
1 kati ikan curut/sardin (ikan temenung pun boleh tapi tak berapa sedap)
15-20 biji cabai kering - dikisar
2 biji bawang besar- dikisar
1 batang serai - dikisar
Sedikit belacan - dikisar
Sedilit asam keping/asam jawa
1 biji timun
1 pokok daun salad
Sedikit daun pudina & daun cenohong
1 biji bunga kantan
1 biji cili hijau & cili merah
1 biji bawang besar
Garam

Cara-caranya :-
1.     Ikan dibersihkan terlebih dahulu dan direbus.
2.     Keluarkan ikan dan asingkan isi ikan dengan tulang.
3.     Air rebusan ikan tadi ditapis ke dalam periuk yang lain dan bolehlah nyalakan api.
4.     Masukkan bahan yang telah dikisar tadi.
5.     Masukkan pula sedikit bunga kantan (dengan batangnya sekali) serta daun cenohong.  Perah air asam atau masukkan asam keping.
6.     Tulang ikan dikisar halus dan ditapis ke dalam periuk tadi.
7.     Akhir sekali masukkan isi ikan ( boleh juga dikisar ) serta garam.
8.     Laksa yang telah siap dicelur bolehlah dimasukkan timun, daun salad, bawang besar, cili, daun pudina serta bunga kantan yang telah dihiris halus.

OPTION
From: Noor Hayati Abdul Manaf NOORHAYATI@uhkl.edu.my

Nak tambah sikit, masukkan lengkuas dan kisar besama-sama dengan bahan lain.  Bukan apa untuk wangikan.  Tapi kalau kami kat kedah, kuah laksa tak masuk serai.  Tapi kalau masuk pun tak der masalah.

Mengenai asam, gunakan dua-dua jenis asam .Ni petua yang saya dapat dari penjual laksa sendiri . Asam keping ialah untuk memasamkan dan asam jawa untuk menambahkan masam dan juga ada juga rasa manis . So kuah laksa tu taklah masam sangat


No comments:

Post a Comment