Pengunjung Sini

Saturday 30 April 2011

:: ReSepi Jauadah Hari RAya ::


RESTORAN SIBER
SATU-SATUNYA RESTORAN DI ALAM SIBER INTERNET
PELBAGAI RESIPI-MAUT MENANTI ANDA DI SINI




RESEPI-NET
RIANG-RIA AIDILFITRI 2007
PELBAGAI JUADAH HARI RAYA

Langganan adalah percuma






COMPILED BY:  Zakaria
Email Address:      za189@yahoo.com





1.     ACAR

1.1       Acar Buah-Buahan

From: noraini noraini@antara1.po.my

Bahan-bahanya
4 biji limau nipis/kasturi jeruk
10 biji belimbing buluh jeruk
20 biji cermai jeruk
5 biji mangga muda jeruk
1 cawan kismis
5 biji buah pala jeruk
1 mangkuk kecil halia jeruk
10 biji prune
250gm buah asam boi - warna merah
5 biji buah bidara jeruk
20 biji bawang merah, biar sebiji-sebiji
5 biji bawang putih, biar sebiji-sebiji
sedikit bijan goreng
1/2 botol kecil cuka putih
2 1/2 cawan gula
1 1/2 cawan cili kering yang telah siap dikisar
2 sudu serbuk ketumbar
1 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk jintan putih
sedikit bijan goreng

5 biji bawang merah dihiris
3 biji bawang putih, dihiris
1 cawan minyak untuk menumis

Cara Menyediakannya
1.     Panaskan minyak, tumiskan bawang hiris hingga wangi.  kemudian masukkan cili kisar.  Bila cili garing, masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih. 
2.     Bila telah wangi, masukkan gula dan cuka.  bila gula telah larut dan pekat, masukkan buah-buahan serta bawang.  Masaklah hingga pekat dan agak kering. 
3.     Akhir sekali, masukkan bijan goreng.  Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

ps  :  Acar tahan disimpan selama dua minggu.

Selamat mencuba.

 

 

1.1       Acar Ikan Tongkol

From: "noor" noor@csam.com.my


Bahan-bahannye :
Ikan tongkol - basuh dan kemudian di goreng macam biasa
1 biji Timun - di kerat-kerat anggaran 3 atau 4 ketul.  Kemudian belah dua, buangkan isi nye belah kecik kecik (ikut panjang timun tuh) dalam 1 jari.  Kemudian di basuh dan di gaul dengan sedikit kunyit buat seketika.

Bahan A
1 atau 2 inci Halia - dimayang
3 atau 4 biji Bawang kecil - juga di mayang
3 biji Bawang putih - di mayang
10 - 15 biji Cili Api (boleh tambah kan kalau suka pedas)
2 atau 3 biji Bawang besar (belah empat)
2 sm Cili kering  + bawang besar yang diblendkan
Cuka
Sedikit air / garam

Cara-cara nye :
1.     Tumis kan bahan yang telah dimayang.  Bila agak kekunigan masukkan pula kisaran bawang dan cili kering. 
2.     Tumiskan lagi sampai pecah minyak, masukkan pula cuka, air dan garam mengikut rasa dan sedikit air.
3.     Lepas tu masukkan ikan tongkol dan kacau lagi.  Di sini rasalah masam/masin nye kuah kite tuh.
4.     Bila dah memuaskan, akhir sekali masuk kan timun sekali dengan cili api and bawang besar yang telah dibelah 4 tadi.
5.     Jangan masak terlalu lama kerana nanti timun dan bawang tadi akan lembik. Cukup sekadar seketika saje. Dan boleh di hidang kan .

Makan dengan nasi panas dan telur asin.
Selamat mencuba.




1.1       Acar Jeruk Buah-buahan

From: rozitahe rozitahe@tm.net.my


Bahan:
4 biji jeruk limau kasturi
5 biji mangga jeruk kering
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
20 biji buah prune kering
4 biji cili merah  } dibuang biji dan
4 biji cili hijau    } dipotong memanjang
1 sudu kecil campuran jintan putih + jintan manis
1 camca ketumbar
1/2 camca lada hitam
2 sudu besar cuka
2 inci halia dimayam memanjang
1 sudu makan gula
garam dan serbuk perasa secukupnya

* buah2 asam yg lain boleh dimasukkan mengikut citarasa masing2.

Cara:
1.     Campurkan jintan, ketumbar dan lada hitam dan ditumbuk hingga halus.
2.     Panaskan minyak dlm kuali. masukkan bhn yg ditumbuk tadi.  Goreng hingga garing dan pecah minyak. masukkan cuka.
3.     Setelah itu masukkan jeruk kering yg telah disatukan.  Kemudian masukkan segelas air sejuk.
4.     Kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah yang berulas serta halia yg telah dimayam. Masukkan pula garam dan serbuk perasa dan gula. kacau dan biarkan kering.

* Acar ini boleh disimpan hingga 2-3 bulan...

Selamat mencuba






No comments:

Post a Comment